
NMAP adalah singkatan kepada Network Mapper. Ia adalah suatu perisian pengimbas rangkaian yang dicipta oleh Gordon Lyon iaitu seorang pakar keselamatan rangkaian amerika. Ia adalah perisian percuma yang sering digunakan oleh network admin serta ahli keselamatan siber untuk menemui, memantau dan menyelesaikan masalah TCP/IP. Untuk ahli keselamatan siber ia sering digunakan untuk mengetahui port yang terbuka atau tertutup, perisian ini juga mempunyai ciri-ciri untuk mengenalpasti kelemahan di dalam suatu sistem. Di dalam laman web ini akan disertakan cara-cara untuk menggunakan perisian NMAP.