LS (list)

ls command adalah satu command linux digunakan untuk menyenaraikan fail atau direktori dalam Linux dan sistem pengendalian berasaskan Unix yang lain. Command ini merupakan sangat penting bagi pengguna linux.

Berikut di bawah merupakan cara penggunaan command linux.

ls [options] [file]
1. Menyenaraikan fail dalam direktori lain

Taip ls [ laluan direktori ]

  • ls untuk menyenaraikan direktori iaitu malaylinux dan telnetserver.
  • ls malaylinux adalah untuk menyenaraikan fail yang terdapat di dalam direktori malaylinux.
2. Menyenaraikan fail dalam direktori root

Taip ls / untuk memaparkan direktori dan fail yang ada di dalam direktory root.

Direktori root ialah direktori peringkat atas pada sistem fail. Ia berfungsi sebagai titik permulaan untuk mengatur semua fail dan folder pada komputer anda.

3. Menyenaraikan fail dalam direktori sebelumnya

Taip ls .. command untuk menyenaraikan kandungan di dalam satu direktori sebelumnya.

Berikut adalah contoh penggunaan command ls .. dan ls ../..

  • Berdasarkan command pwd. Direktori terkini adalah di dalam direktori malaylinux. manakala sebelumnya adalah home.
  • Selepas menaip command ls .. ia akan memaparkan kandungan direktori home iaitu malaylinux dan telnetserver.
  • command ls ../.. pula adalah untuk memaparkan dua direktori sebelumnya. Direktori sebelum home adalah root.
4. Menyenaraikan direktori /home/user

Taip ls ~ untuk menyenaraikan kandungan di dalam direktori user.

  • Gambar di atas menunjukkan kandungan yang ada di dalam user root. Untuk artikel ini penulis log in sistem pengoperasian ini menggunakan root.
5. Memaparkan direktori sahaja

Untuk memaparkan direktori sahaja pengguna hanya perlu menaip command ls -d */

Berikut di bawah adalah contoh penggunaan.

  • Di dalam direktori root terdapat empat file iaitu bin , lib , lib64 dan sbin
  • apabila menaip command ls -d */ ianya hanya akan memaparkan direktori di dalam root sahaja.
6. Memaparkan fail beserta sub direktori
  • Command ls * bermaksud untuk memaparkan direktori beserta kandungan di dalam direktori tersebut. seperti gambar di atas direktori adalah malaylinux dan terdapat fail di dalam direktori malaylinux tersebut manakala di dalam direktori telnet di mempunyai sebarang kandungan.

7. memaparkan saiz fail
  • command ls -s adalah untuk memaparkan fail beserta saiz file tersebut.